Selasa, 21 Mei 2024 | 13 Zulkaedah 1445H
Pilihan Warna: A A A  
A- A A+

Program Perakaunan

PENGENALAN

 

Memahami Standard Perakaunan Asas Tunai dan Akruan merupakan perkara penting bagi seorang juruaudit sektor awam ketika melaksanakan pengauditan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan / Negeri, Badan Berkanun Persekutuan / Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Syarikat berkaitan Kerajaan. Seorang juruaudit perlu memahirkan diri dengan standard perakaunan yang digunapakai di Malaysia iaitu Malaysia Public Sector Accounting Standard (MPSAS), Malaysian Financial Reporting Standrads (MFRS) dan Malaysian Financial Reporting Standards (MPERS).

 

Selain itu, dunia perakaunan dan pengauditan pada masa kini semakin mencabar. Pelbagai isu berkaitan penyelewengan, integriti dan manipulasi transaksi hingga membawa kepada pelaporan penyata kewangan yang kreatif. Justeru itu, seorang juruaudit sektor awam perlu mempersiapkan diri terhadap cabaran-cabaran yang telah menjelma ini. Juruaudit perlu mahir terhadap piawaian standard perakaunan yang digunapakai oleh auditi selain berupaya mengesan ketidakpatuhan atau penyelewengan yang mungkin berlaku dalam setiap transaksi sebelum mengesahkan dan memberi pendapat terhadap penyata kewangan yang diaudit.

 

Sehubungan dengan itu, Program Perakaunan, Akademi Audit Negara berperanan untuk menyediakan modul latihan yang kondusif dan komprehensif serta mampu mendidik juruaudit sektor awam agar berkemahiran, berpengetahuan dan mempunyai fikiran yang analitik. Setiap Juruaudit yang mengikuti latihan di Akademi Audit Negara akan dipastikan mencapai objektif yang telah ditetapkan bagi setiap kursus.

 

 OBJEKTIF PROGRAM PERAKAUNAN

 

Setiap peserta yang mengikuti latihan di bawah Program Perakaunan akan: 

 

 1.  Mempelajari dan memahami ilmu pengetahuan yang disampaikan;

 

 2.  Mampu mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari ke dalam pekerjaan; dan

 

 3.  Mampu bertindak sebagai pembimbing rakan sekerja ketika melaksanakan pekerjaan.

 

 

Kini, Program Perakaunan menawarkan beberapa kursus yang efektif. Kursus ini terhasil dari penyelidikan modul yang dibangunkan oleh program perakaunan dengan mengkaji keperluan semasa berdasarkan kajian kes selain input dari idea penceramah yang dipilih dikalangan pakar dalam Industri pengauditan dan perakaunan. Pelaksanaan kursus secara zoning dan berskala besar di Ibu Pejabat turut dijalankan. Antara program yang telah dijalankan pada tahun 2019 adalah seperti berikut: 

 

PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN PADA TAHUN 2019

 

 BIL TAJUK KURSUS TEMPAT
 1. Kursus Perakaunan Akruan: Standard Perakaunan (MPSAS, MFRS, MPERS) Berkaitan Geran  JABATAN AUDIT NEGARA
 2. Kursus Perakaunan Akruan: Standard Perakaunan (MPSAS, MFRS, MPERS) Berkaitan Pinjaman   JABATAN AUDIT NEGARA
 3. Kursus Perakaunan Akruan: Standard Perakaunan (MPSAS, MFRS, MPERS) Berkaitan Pelaburan (Termasuk MFRS 9)   JABATAN AUDIT NEGARA
 4. Kursus Perakaunan Kerajaan : MFRS 15(revenue from contract with customer), 101(presentation of financial statement), 111(construction contracts). MPERS 24(government grant), 28(employee benefit), 32(events after the reporting period)  JABATAN AUDIT NEGARA  NEGERI JOHOR
 5. Kursus Perakaunan Kerajaan : MPSAS 16(investment property), 19(provisions contigents liabilities & assets). MPERS 4(statement of financial position), 5(statement of comprehensive income and income statement), 17 (PPE)  JABATAN AUDIT NEGARA  NEGERI PAHANG
 6. Kursus Revenue Recognition From Non-Exchange Transaction: Perbandingan Persembahan Penyata Kewangan MPERS VS MPSAS   JABATAN AUDIT NEGARA NEGERI MELAKA
 7.   Kursus Financial Insruments, Employee benefits, Investment Properties, Assets, Revenue dan Impairment berdasarkan MPSAS   JABATAN AUDIT NEGARA NEGERI SELANGOR

 

Pemantapan berterusan dengan memasukkan elemen Session At Glance selain mewujudkan tahap keberhasilan seseorang juruaudit dalam meningkatkan mutu kerja turut diperkenalkan. Ia bertujuan bagi memastikan daya aplikasi kerja seorang juruaudit itu meningkat dengan praktikal dan mutu kerja audit yang lebih berkesan dapat dihasilkan. Justeru itu, Program perakaunan telah merancang kursus–kursus tersebut seperti berikut:

 

PROGRAM YANG AKAN DIJALANKAN PADA TAHUN 2019

 

 BIL TAJUK  TEMPAT
1.   Kursus Ratio Analysis & Forensic Accounting pada 27-28 Ogos 2019 AKADEMI AUDIT NEGARA
2.   Kursus MFRS 9 & 15 pada 10-11 September 2019 AKADEMI AUDIT NEGARA
3.  Transition to MPSAS from MPERS & Cash Basis pada 23-24 September 2019 JABATAN AUDIT NEGARA NEGERI KEDAH
4.  Kursus Ratio Analysis & Forensic Accounting pada 25-26 September 2019 JABATAN AUDIT NEGARA NEGERI PERLIS
5.   Transition to MPSAS from MPERS & Cash Basis pada 1-2 Oktober 2019 JABATAN AUDIT NEGARA NEGERI SARAWAK
6.  Transition to MPSAS from MPERS & Cash Basis pada 16-17 Oktober 2019 JABATAN AUDIT NEGARA NEGERI KELANTAN

 

Maklumat berhubung modul kursus yang ditawarkan oleh Program Perakaunan, sila rujuk Modul Program Perakaunan 

 

Sebarang pertanyaan berkenaan kursus di bawah Program Perakaunan boleh diajukan kepada pegawai berikut:

 

 BIL  NAMA  JAWATAN  NO TELEFON
 1. NORITA BINTI ISMAIL  KETUA PROGRAM PERAKAUNAN  06-782 2003/ 019-265 1020
 2. Kosong  PENOLONG PENGARAH AUDIT   06-782 2027/ 010-422 6538
 3. EN. AMIR HIZAM BIN HAMZAH   PENOLONG JURUAUDIT   06-782 2032/ 019-989 4200

 

 

Accounting is Accountability”

“Life is like accounting, everything must be balance”

 

 

 

 


Cetak