Selasa, 21 Mei 2024 | 13 Zulkaedah 1445H
Pilihan Warna: A A A  
A- A A+

Program Pengauditan IT

Program Pengauditan IT melaksanakan kursus-kursus spesifik yang berkaitan dengan pengauditan IT dan kemahiran ICT seperti Audit Command Language (ACL), Penulisan Skrip ACL, Pengauditan IT, System Development Life Cycle (SDLC), Kawalan-kawalan IT, Analisis Data Mega, Digital Forensic Auditing, Sistem Kewangan Elektronik Kerajaan, Kemahiran Persembahan Grafik melalui perisian Adobe dan Kemahiran Office Excel.

 

Program Pengauditan IT turut memainkan peranan menyediakan latihan bagi pembangunan kapasiti dan kompetensi kepada pegawai-pegawai di Jabatan Audit Negara dan lain-lain Agensi luar yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengauditan IT serta kemahiran ICT.

 

Program Pengauditan IT diketuai oleh seorang (1) Ketua Penolong Pengarah Audit dan dibantu oleh seorang (1) Penolong Pengarah Audit dan seorang (1) Penolong Juruaudit.

 

OBJEKTIF

 

  • Untuk meningkatkan pengetahuan peserta kursus kepada konsep dan proses pengauditan IT berdasarkan standard antarabangsa dan garispanduan Jabatan Audit Negara.
  • Untuk mendedahkan kepada peserta kursus berkaitan pengunaan tools dan perisian yang digunakan dalam pengauditan IT dan analisis data.
  •  Untuk meningkatkan pengetahuan peserta kursus berkaitan teknik mencari, mengumpul, menganalisis dan melaporkan data yang diperolehi ke bentuk maklumat yang boleh digunakan.
  • Untuk meningkatkan pengetahuan peserta kursus tentang sistem kewangan elektronik kerajaan seperti iGFMAS, iSPEKs, ePerolehan dan lain-lain yang diamalkan semasa.
  • Untuk memberi pendedahan kepada peserta kursus kepada hasrat kerajaan dalam penggunaan sistem kewangan eletronik dari asas tunai ke asas akruan.
  • Meningkatkan pengetahuan peserta dalam teknik penyediaan persembahan grafik yang berkualiti, jelas dan mencapai maksud yang ingin diterangkan agar hasil penemuan tidak dipertikaikan.
  • Meningkatkan pengetahuan peserta dalam teknik suntingan, mencari bahan dan animasi dalam penghasilan montaj yang lebih menarik.

 

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

 

Diantara kursus yang ditawarkan oleh Program Pengauditan IT adalah:

 

  • Pengauditan IT
  •  Audit Command Language (ACL)
  • Script ACL
  • IT Controls
  • System Development Life Cycle (SDLC)
  • Digital Forensic Auditing
  • Sistem Pengurusan Perakaunan dan Kewangan Kerajaan Bersepadu (iGFMAS)
  • Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri Bersepadu (iSPEKS)
  • Effective Motion Graphic Design with Adobe After Effect
  • MS Excel untuk Dashboard
  • MS Powerpoint 2016 & Prezi
  • Teknik Persembahan Visual Melalui Adobe Photoshop
  • Data Science for Beginner
  • Sistem Perakaunan Kerajaan Elektronik

 

Maklumat berhubung modul kursus yang ditawarkan oleh Program Pengauditan IT, sila rujuk Modul Program Pengauditan IT

 

Sebarang pertanyaan berkenaan kursus di bawah Program Pengauditan IT, pegawai berikut boleh dihubungi.

 

 BIL NAMA JAWATAN EMAIL NO TELEFON
 1. Zaidatul Bin Alwi Ketua Program Pengauditan IT Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 06-782 2006
 2. Kosong Penolong Pengarah Audit Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 06-782 2035
 3. Pn Vilasini A/P Basu Penolong Juruaudit  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 06-782 2028

 

 


Cetak