Saturday, 18 May 2024 | 10 Zulkaedah 1445H
Color Options: A A A  
A- A A+

Program Pengauditan

Program Pengauditan berperanan menyediakan latihan kepada pegawai-pegawai Audit untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengauditan sektor awam.

 

Program Pengauditan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Audit, dibantu oleh 1  Penolong Pengarah Audit dan 2 Penolong Juruaudit.

 

Kursus yang dianjurkan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kursus fungsional dan elektif. Kursus fungsional merupakan kursus teras pengauditan yang perlu dihadiri oleh semua pegawai Audit. Melalui kursus ini, pegawai Audit dilatih meningkatkan kefahaman dan kepakaran diperlukan bagi melaksanakan pengauditan meliputi pengauditan penyata kewangan, prestasi dan pematuhan. Di bawah kursus fungsiaonal, setiap pegawai Audit perlu melalui dua peringkat latihan. Peringkat asas adalah berkenaan dengan memperkenalkan pegawai Audit dengan asas-asas penting bagi setiap jenis pengauditan. Seterusnya, kursus peringkat pertengahan akan mendedahkan pegawai Audit secara lebih mendalam berkenaan setiap jenis pengauditan. Kaedah latihan bersesuaian dengan setiap peringkat digunakan bagi tujuan pembangunan kepakaraan dan pengukuhan pengetahuan.

 

Kursus elektif pula berperanan untuk membangunkan kepakaran pegawai Audit dalam bidang-bidang audit tertentu antaranya pengurusan risiko, percukaian dan perkastaman. Dalam kursus ini, pegawai Audit didedahkan berkenaan tatacara pengauditan khusus mengikut bidang. Kaedah latihan berbentuk hands-on dan kajian kes antara pendekatan digunakan bagi kursus-kursus yang khusus sebegini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, menggalakkan kemahiran berfikir dan keupayaan membuat keputusan di kalangan pegawai Audit.

 

Objektif

 

  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus dalam bidang pengauditan khususnya penyata kewangan, pengurusan kewangan dan prestasi;
  • Untuk memberi pendedahan kepada peserta kursus mengenai perkembangan semasa  dalam aspek pengauditan;
  • Untuk memberi makluman kepada peserta kursus mengenai garis panduan, peraturan serta prosedur terkini dalam bidang pengauditan.

 

Kursus-kursus Yang Ditawarkan:

Antara kursus yang ditawarkan oleh Program Pengauditan adalah:  

 

  • Pengauditan Penyata Kewangan
  • Pengauditan Pengurusan  Kewangan (Indeks Akauntabiliti)
  • Pengauditan Prestasi
  • Pengauditan Pengurusan Bekalan  Air
  • Pengauditan Perolehan
  • Pengauditan Alam Sekitar
  • Penulisan Laporan Audit
  • Pengauditan Pengurusan Tanah
  • Pengauditan Syarikat
  • Pengauditan Forensik
  • Pengauditan Berasaskan Risiko
  • Pengauditan Pelaburan
  • Pengauditan Perkastaman
  • Pengauditan Percukaian
  • Pengauditan Pengurusan Projek 

 

Maklumat berhubung modul kursus ditawarkan Program Pengauditan, sila rujuk Modul Program Pengauditan

 

Sebarang pertanyaan berkenaan kursus di bawah Program Pengauditan, pegawai berikut boleh dihubungi.

 

 Bil Nama Jawatan Email No Telefon
 1. En Ab Hadi Bin Daud Ketua Program Pengauditan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 06-7822005
 2. Kosong Penolong Pengarah Audit This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 06-7822031
 3. Cik Norzieyanti Erna Binti Adnan Penolong Juruaudit This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 06-7822030
 4.  Kosong Penolong Juruaudit kosong kosong

 

 

 

 

 

 


Print