Wednesday, 24 April 2024 | 15 Syawal 1445H
Color Options: A A A  
A- A A+

Info Program @AAN

Akademi Audit Negara menawarkan kursus-kursus dibawah lima (5)  Program iaitu :

 

  • Program Pengauditan
  • Program Pengauditan IT
  • Program Perakaunan
  • Program Pengurusan
  • Program Antarabangsa


Program Pengauditan


Program Pengauditan berperanan menyediakan latihan kepada pegawai-pegawai Audit untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengauditan sektor awam.
Program Pengauditan diketuai oleh seorang Ketua Sekolah Gred W48, dibantu oleh 1 Penolong Pengarah Audit Gred W41 dan 2 Penolong Juruaudit Gred W32.
Kursus yang disediakan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu Peringkat Asas, Peringkat Pertengahan dan Peringkat Lanjutan.       

 Program Pengauditan 


Program Pengauditan IT


Program IT berperanan menyediakan latihan kepada pegawai-pegawai Audit untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengauditan IT.
Program IT diketuai oleh Ketua Program Gred W48 yang dibantu oleh seorang Penolong Pengarah Audit Gred W41 dan seorang Penolong Juruaudit Gred W32.
Kursus yang disediakan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu Peringkat Asas, Peringkat Pertengahan dan Peringkat Lanjutan.                      

Modul Program Pengauditan IT



Program Perakaunan


Program Perakaunan bertanggungjawab menyediakan latihan kepada pegawai-pegawai Audit untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam perakaunan dan pengurusan kewangan sektor awam.
Program Perakaunan diketuai oleh Ketua Program Gred W44 dan dibantu oleh seorang Penolong Pengarah Audit Gred W41 serta seorang Penolong Juruaudit Gred W32.
Kursus yang disediakan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu Peringkat Asas, Peringkat Pertengahan dan Peringkat Lanjutan.                      

Modul Program Perakaunan


Program Pengurusan


Program Pengurusan bertanggungjawab bagi menyediakan latihan kepada pegawai Audit yang baru dilantik dan pegawai-pegawai lain untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pengurusan.
Program Pengurusan diketuai oleh Ketua Program Gred W48 dan dibantu oleh seorang Penolong Pengarah Audit Gred W41 serta  seorang Penolong Juruaudit Gred W32.
Kursus yang disediakan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu Peringkat Asas, Peringkat Pertengahan, Peringkat Lanjutan dan Peringkat Peralihan.

Modul Program Pengurusan


Program Antarabangsa dan Penyelarasan


Program Antarabangsa dan Penyelarasan bertanggungjawab bagi menyediakan latihan kepada peserta luar negara.
Program Antarabangsa dan Penyelarasan diketuai oleh Ketua Program Gred W48 dan dibantu oleh seorang Penolong Pengarah Audit Gred W41 serta seorang Penolong Juruaudit Gred W29 dan 5 orang pembantu tadbir operasi dan seorang pembantu am pejabat.                          

Modul Program Antarabangsa

 


Print