Rabu, 28 Januari 2026 | 9 Syaban 1447H

Kursus Pemikiran Strategik (KCA W10)

Akademi Audit Negara telah menganjurkan Kursus Pemikiran Strategik (KCA W10) pada 19 -21 Januari 2026. Kursus ini dihadiri seramai 56 orang peserta JAN dan UAD. Objektif kursus adalah untuk memberi kefahaman mengenai konsep, pendekatan, radas dan kerangka kerja pemikiran, perancangan dan pengurusan strategik. Selain itu, kursus ini juga bertujuan memastikan peserta dapat mengaplikasikan pendekatan, radas dan kerangka kerja pemikiran, perancangan dan pengurusan strategik bagi membangunkan Pelan Strategik Organisasi.

  • Dikemaskini pada: 22 Jan 2026
  • Cetak
  • Hit: 31