Ahad, 22 Februari 2026 | 5 Ramadhan 1447H

Kursus Komunikasi Berkesan (KCA W12)

Akademi Audit Negara telah menganjurkan Kursus Komunikasi Berkesan (KCA W12) pada 3 - 5 Februari 2026. Kursus ini dihadiri seramai 38 orang peserta JAN dan UAD. Objektif kursus ini adalah untuk memperkukuh kewibawaan komunikasi eksekutif serta memastikan penyampaian mesej korporat yang strategik, berdisiplin dan selari dengan prinsip tadbir urus serta akauntabiliti. Di samping itu, kursus ini bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan pengurusan komunikasi berisiko, media dan krisis bagi memelihara kredibiliti institusi dan kepercayaan awam.

  • Dikemaskini pada: 18 Feb 2026
  • Cetak
  • Hit: 58