Akademi Audit Negara telah menganjurkan Kursus Keselamatan Data pada 10 – 11 Februari 2026. Kursus ini dihadiri seramai 27 pegawai Jabatan Audit Negara (JAN), JAN Negeri dan Unit Audit Dalam Kementerian. Objektif kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam memahami undang-undang berkaitan keselamatan dan ancaman siber.