Khamis, 25 April 2024 | 16 Syawal 1445H
Pilihan Warna: A A A  
A- A A+

Program Pengauditan

Program Pengauditan berperanan menyediakan latihan kepada pegawai-pegawai Audit untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengauditan sektor awam.

Kursus yang dianjurkan dibahagikan kepada dua iaitu kursus fungsional dan elektif. Kursus fungsional merupakan kursus teras pengauditan yang perlu dihadiri oleh semua pegawai Audit. Melalui kursus ini, pegawai Audit dilatih meningkatkan kefahaman dan kepakaran diperlukan bagi melaksanakan pengauditan meliputi pengauditan penyata kewangan, prestasi dan pematuhan. Di bawah kursus fungsional, setiap pegawai Audit perlu melalui dua peringkat latihan. Peringkat asas adalah berkenaan dengan memperkenalkan pegawai Audit dengan asas-asas penting bagi setiap jenis pengauditan. Seterusnya, kursus peringkat pertengahan akan mendedahkan pegawai Audit secara lebih mendalam berkenaan setiap jenis pengauditan. Kaedah latihan bersesuaian dengan setiap peringkat digunakan bagi tujuan pembangunan kepakaran dan pengukuhan pengetahuan.

Kursus elektif pula berperanan untuk membangunkan kepakaran pegawai Audit dalam bidang-bidang audit tertentu antaranya pengurusan risiko, percukaian dan perkastaman. Dalam kursus ini, pegawai Audit didedahkan berkenaan tatacara pengauditan khusus mengikut bidang. Kaedah latihan berbentuk hands-on dan kajian kes antara pendekatan digunakan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, menggalakkan kemahiran berfikir dan keupayaan membuat keputusan di kalangan pegawai Audit.

Objektif

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus dalam bidang pengauditan khususnya penyata kewangan, pengurusan kewangan dan prestasi;
  • Memberi pendedahan kepada peserta kursus mengenai perkembangan semasa dalam aspek pengauditan;
  • Memberi makluman kepada peserta kursus mengenai garis panduan, peraturan serta prosedur terkini dalam bidang pengauditan.


Kursus-kursus Yang Ditawarkan:

Antara kursus yang ditawarkan oleh Program Pengauditan adalah: 

  • Pengauditan Penyata Kewangan
  • Pengauditan Pengurusan Kewangan
  • Pengauditan Prestasi
  • Pengauditan Pengurusan Bekalan Air
  • Pengauditan Perolehan
  • Pengauditan Alam Sekitar
  • Penulisan Laporan Audit
  • Pengauditan Pengurusan Tanah
  • Pengauditan Syarikat
  • Pengauditan Forensik
  • Pengauditan Berasaskan Risiko
  • Pengauditan Pelaburan
  • Pengauditan Perkastaman
  • Pengauditan Percukaian
  • Pengauditan Pengurusan Projek

Maklumat lanjut berkaitan kursus yang ditawarkan oleh Program Pengauditan boleh merujuk kepada Modul Program Pengauditan

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kursus di bawah Program Pengauditan boleh merujuk pegawai yang disenaraikan di bawah:

BilNamaJawatanE-melNo. Tel
1. En. Azmi bin Mat Ketua Program Pengauditan azmi.mat@audit.gov.my 06-7916900
2. Pn. Rashidah binti Abdullah Penolong Pengarah Audit shidahabdullah@audit.gov.my 06-7916900
3. Cik Noorzieyantie Erna binti Adnan        Penolong Juruaudit erna@audit.gov.my 06-7916900
4. Kosong - - -
  • Dikemaskini pada: 28 Nov 2023
  • Cetak
  • Hit: 5506