Sabtu, 20 April 2024 | 11 Syawal 1445H
Pilihan Warna: A A A  
A- A A+

Program Perakaunan

Program Perakaunan berperanan membangunkan modul dan melaksanakan program latihan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kompetensi juruaudit sektor awam. Sebahagian besar modul yang ditawarkan meliputi aspek pendedahan dan pemahaman terhadap pemakaian piawaian perakaunan di Malaysia iaitu Malaysian Public Sector Accounting Standard (MPSAS), Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) dan Malaysian Private Entities Reporting Standards (MPERS) yang sedia ada, relevan dan diguna pakai oleh auditi. Pendekatan latihan sebegini bertindak sebagai pemangkin kepada juruaudit sektor awam supaya sentiasa peka dengan piawaian terkini dalam melaksanakan pengauditan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan/Negeri, Badan Berkanun Persekutuan/Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Syarikat berkaitan Kerajaan.

Selain itu, Program Perakaunan turut menyediakan latihan yang melibatkan keperluan pemakaian International Standards of Supreme Audit Institutions (ISSAI) dalam pengauditan penyata kewangan. Antara modul pembelajaran yang disediakan adalah berkaitan prosedur penilaian risiko; materialiti dan persampelan; Memorandum Perancangan Audit (MPA); Lembaran Imbangan; jenis sijil audit dan lain-lain. Ini bagi memastikan pelaksanaan pengauditan penyata kewangan jabatan adalah sejajar dengan keperluan piawaian yang diterima pakai oleh negara anggota International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI).

Dalam mendepani realiti dunia perakaunan dan pengauditan yang semakin mencabar, Program Perakaunan turut berperanan untuk melaksanakan program latihan yang berfokus dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta. Tumpuan diberikan terhadap aspek keupayaan mengesan ketidakpatuhan atau penyelewengan yang mungkin berlaku dalam setiap transaksi sebelum mengesahkan dan memberi pendapat terhadap penyata kewangan yang diaudit. Ia bertujuan bagi memastikan daya aplikasi kerja dapat ditingkatkan yang membuahkan kualiti kerja audit yang lebih berkesan.

Objektif

  • Membantu mengukuhkan kefahaman terhadap asas-asas penting mengenai pemakaian piawaian perakaunan di Malaysia dan di bawah INTOSAI;
  • Mengaplikasikan pengetahuan dalam pengauditan dan memberikan cadangan penambahbaikan kepada auditi;
  • Meningkatkan keyakinan diri peserta untuk melaksanakan pengauditan penyata kewangan agensi; dan
  • Mendedah dan membolehkan peserta mempelajari isu dan kaedah penyelesaian dari pelbagai perspektif melalui perkongsian ilmu dan pengalaman.

Kursus-kursus Yang Ditawarkan:

Antara kursus yang ditawarkan oleh Program Perakaunan adalah: 

  • Pengauditan Penyata Kewangan Agensi Berasaskan ISSAI
  • Pengauditan Pematuhan
  • Pertimbangan Juruaudit Berdasarkan ISSAI
  • Teknik Pengauditan dan Pelaporan Penyata Kewangan Kerajaan
  • IPSAS/MPSAS Asas Tunai untuk PBT Sabah
  • Kesan Dan Faktor Kualitatif Dan Kuantitatif Dalam Pengauditan
  • Instrumen Kewangan Islam
  • Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan/Kerajaan Negeri
  • Aplikasi Teknik Penilaian Instrumen Kewangan Dalam Pengauditan Penyata Kewangan
  • Pengauditan Penyata Kewangan Berdasarkan MPSAS
  • Pengauditan Penyata Kewangan Berdasarkan MFRS
  • Pengauditan Forensik Penyata Kewangan
  • Isu, Cabaran dan Cadangan Penyelesaian Pengauditan Kewangan
  • MPSAS : First Time Transition, Presentation of Financial Statement, Notes To The Financial Statements Related
  • Teknik Pengauditan Berasaskan Shariah

Maklumat lanjut berkaitan kursus yang ditawarkan oleh Program Perakaunan boleh merujuk kepada Modul Program Perakaunan.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kursus di bawah Program Perakaunan boleh merujuk pegawai yang disenaraikan di bawah:

BilNamaJawatanE-melNo. Tel
1. Pn. Rosida binti Khairon Ketua Program Perakaunan rosida.khairon@audit.gov.my 06-7916900
2. Pn. Noor Rasyidah binti  Engah Penolong  Pengarah Audit noorrasyidah@audit.gov.my 06-7916900
3. Cik Amizah binti Mohamad Zawawi Penolong Juruaudit amizah@audit.gov.my 06-7916900
  • Dikemaskini pada: 28 Nov 2023
  • Cetak
  • Hit: 3011