Jumaat, 19 April 2024 | 10 Syawal 1445H
Pilihan Warna: A A A  
A- A A+

Kursus Agensi Luar

Selain mengadakan kursus untuk pegawai Audit, Akademi Audit Negara turut menyediakan kepakaran latihan kepada agensi luar yang berminat mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak Akademi. Penganjuran kursus kepada agensi luar merupakan sebahagian daripada khidmat advocacy yang ditawarkan oleh Akademi bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap pengurusan kewangan agensi.


Objektif

  • Menyediakan khidmat advocacy pengurusan kewangan untuk membantu meningkatkan tahap pengurusan kewangan agensi.
  • Untuk mewujudkan jaringan kerjasama antara Akademi Audit Negara dan sektor awam serta badan profesional yang lain.


Kursus Yang Ditawarkan

Kursus-kursus yang ditawarkan kepada agensi luar amnya adalah seperti yang dicadangkan di dalam Kalendar Latihan Tahunan Akademi Audit Negara meliputi bidang pengauditan, perakaunan, teknologi maklumat dan pengurusan khusus berkaitan dengan pengurusan kewangan dalam sektor awam. Bagaimanapun, Akademi juga menyediakan kursus-kursus yang disesuaikan dengan keperluan khusus agensi.

Antara kursus yang dilaksanakan bagi membantu agensi luar adalah:

  • Kursus pengauditan untuk juruaudit Jabatan Mineral dan Geosains.
  • Kursus Pengurusan Kewangan Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • Kursus Pengauditan Pengurusan Kewangan Perbadanan tabung Pendidikan Tinggi Nasional    

Untuk maklumat lanjut, agensi yang berminat boleh merujuk kepada Kalendar Latihan Tahunan Akademi dan pegawai berikut:

BIL.

NAMA

JAWATAN

E-MEL

TELEFON

1.

En Eddy Herman bin Zaidel

Ketua Program Antarabangsa

eddy.zaidel@audit.gov.my

06-782 2025 

2.

Azharul Asean bin Talib

Pen. Pengarah Audit

azharul@audit.gov.my

06-782 2060

3.

Pn Norita Binti Md. Lazi@Shaari

Pen. Juruaudit

norita_shaari@audit.gov.my

06-782 2162

  • Dikemaskini pada: 25 Apr 2022
  • Cetak
  • Hit: 1050