Ahad, 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445H
Pilihan Warna: A A A  
A- A A+

Program IT

Program IT melaksanakan kursus-kursus spesifik yang berkaitan dengan pengauditan IT dan kemahiran ICT seperti Data Analitik Untuk Juruaudit, Pengauditan IT, System Development Life Cycle (SDLC), Kawalan-kawalan IT, Analisis Data Raya, Pengauditan Forensik Digital, Sistem Perakaunan Elektronik Kerajaan, Kemahiran Persembahan Berinfografik dan Teknik Analisis Data.

Program IT turut memainkan peranan menyediakan latihan bagi pembangunan kapasiti dan kompetensi kepada pegawai-pegawai di Jabatan Audit Negara dan lain-lain agensi luar yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengauditan IT serta kemahiran ICT.

Objektif

  • Meningkatkan pengetahuan peserta kursus kepada konsep dan proses pengauditan IT berdasarkan standard antarabangsa dan garis panduan Jabatan Audit Negara;
  • Mendedahkan kepada peserta kursus berkaitan penggunaan tools dan perisian yang digunakan dalam pengauditan IT dan analisis data;
  • Meningkatkan pengetahuan peserta kursus berkaitan teknik mencari, mengumpul, menganalisis dan melaporkan data yang diperolehi ke bentuk maklumat yang boleh digunakan;
  • Meningkatkan pengetahuan peserta kursus tentang sistem kewangan elektronik kerajaan seperti iGFMAS, iSPEKS, ePerolehan dan lain-lain;
  • Memberi pendedahan kepada peserta kursus kepada hasrat kerajaan dalam penggunaan sistem kewangan elektronik dari asas tunai ke asas akruan;
  • Meningkatkan pengetahuan peserta dalam teknik penyediaan persembahan grafik yang berkualiti, jelas dan mencapai maksud yang ingin diterangkan agar hasil penemuan tidak dipertikaikan;
  • Meningkatkan pengetahuan peserta dalam teknik suntingan, mencari bahan dan animasi dalam penghasilan montaj yang lebih menarik.

Kursus-kursus Yang Ditawarkan 

Antara kursus yang ditawarkan oleh Program IT adalah:

  • Data Analitik Untuk Juruaudit
  • Visualisasi Data melalui Power BI
  • Pengauditan IT
  • Persembahan Slaid Berinfografik (MS Powerpoint)
  • Pengauditan Forensik Digital
  • Teknik Analisis Data (MS Excel)
  • Pengauditan Sistem iGFMAS
  • CAATTs – Muat Turun Data dan Skrip ACL
  • Pengauditan Keselamatan IT
  • Pengauditan Sistem iSPEKS
  • Pengenalan Sains Data dan Data Raya
  • Isu, Cabaran dan Cadangan Penyelesaian Pengauditan IT
  • Sistem Perakaunan Elektronik Kerajaan

Maklumat lanjut berkaitan kursus yang ditawarkan oleh Program IT boleh merujuk kepada Modul Program IT.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kursus di bawah Program IT boleh merujuk pegawai yang disenaraikan di bawah:

 

 

BilNamaJawatanE-melNo. Tel
1. En. Zaidatul bin Alwi Ketua Program IT zaidatul@audit.gov.my 06-7916900
2. En. Muhammad Shahzmir bin Sabidi Penolong Pengarah Audit shahzmir@audit.gov.my 06-7916900
3. En. Mohd Zahidi bin Ismail Penolong Juruaudit  zahidi@audit.gov.my  06-7916900
  • Dikemaskini pada: 15 Aug 2023
  • Cetak
  • Hit: 2227