Kursus Tadbir Urus Digital
Akademi Audit Negara (AAN) telah menganjurkan Kursus Tadbir Urus Digital pada 22-23 April 2025 bertempat di Bilik Kuliah Seroja, AAN. Kursus selama 2 hari ini dihadiri oleh 20 orang pegawai Gred W13 daripada pelbagai sektor di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), JAN Negeri dan Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian. Kursus ini merupakan salah satu dari kursus KCA W13.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan, menggerakkan dan mengkoordinasikan tadbir urus pendigitalan yang menyeluruh. Ia juga bagi memantapkan pengurusan dan kefungsian organisasi digital Sektor Awam yang berkesan.
Penceramah jemputan terdiri dari pegawai BAICT dan BTMK JAN, Agensi Keselamatan Siber Malaysia (NACSA) dan Jabatan Digital Negara (JDN).