Akademi Audit Negara telah menganjurkan Kursus Teknik Pengauditan Berkesan kepada pegawai Audit Dalam Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Johor pada 3 hingga 5 Jun 2025. Kursus ini diadakan dengan kerjasama Agensi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ). Jumlah pegawai yang terlibat adalah seramai 70 orang. Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kompetensi pegawai Audit Dalam. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara pada 5 Jun 2025.
Ia dilaksanakan selaras dengan Nota Kerjasama yang telah ditandatangani antara AAN dan APTNJ pada 20 Februari 2025. Kerjasama ini bertujuan memperkukuh latihan dan pembangunan kapasiti pegawai untuk melaksanakan pengauditan sektor awam.