Akademi Audit Negara telah menganjurkan Kursus Teknik Pengauditan Yang Berkesan dengan kerjasama Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) pada 3-5 Jun 2025. Kursus ini dihadiri seramai 71 pegawai Audit Dalam Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Johor. Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kompetensi pegawai Unit Audit Dalam.