Akademi Audit Negara telah menganjurkan Kursus Pemantapan dan Pengukuhan Juruaudit Dalam pada 8-10 Julai 2025. Kursus ini dihadiri seramai 27 pegawai Jabatan Audit Negara dan Unit Audit Dalam Kementerian dan Agensi. Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kompetensi Juruaudit Dalam terhadap kefahaman dan pengetahuan berkaitan pengauditan.