Akademi Audit Negara telah menganjurkan Kursus Isu Dan Cabaran Pengauditan Di Unit Audit Dalam pada 12-14 Ogos 2025. Kursus ini dihadiri seramai 22 pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) dan Unit Audit Dalam Kementerian/Agensi. Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran pengurusan peserta melalui perbincangan mengenai isu dan cabaran pengauditan di Unit Audit Dalam. Selain itu, kecekapan profesional peserta dapat diperkukuhkan serta menyumbang kepada peningkatan prestasi dan keberkesanan pelaksanaan fungsi pengauditan.