Akademi Audit Negara telah menganjurkan Kursus Pengauditan Syarikat Kerajaan (KCA W10) pada 14-16 Oktober 2025. Kursus ini dihadiri seramai 21 pegawai dari Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), JAN Negeri dan Unit Audit Dalam Kementerian. Objektif kursus adalah untuk membantu peserta mengurus dan melaksanakan pengauditan Syarikat secara cekap dan berkesan.