Akademi Audit Negara telah menganjurkan Kursus Kecerdasan Buatan (AI) Di Tempat Kerja 9 hingga 11 Jun 2026 bertempat di Makmal Komputer Novell, AAN. Kursus ini dihadiri seramai 30 pegawai Jabatan Audit Negara (JAN), JAN Negeri dan Unit Audit Dalam Kementerian. Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan tentang konsep kecerdasan buatan (AI). Peserta akan didedahkan bagaimana untuk menggunakan tools AI dengan efektif, bertanggungjawab dan dapat diterapkan dalam pekerjaan.