Jumaat, 02 Mei 2025 | 4 Zulkaedah 1446H

Kursus Pengauditan Syarikat Kerajaan (Asas)

Akademi Audit Negara (AAN) telah menganjurkan Kursus Pengauditan Syarikat Kerajaan (Asas) pada 8 dan 9 Januari 2024 secara atas talian.

Kursus ini telah dihadiri seramai 108 orang pegawai gred W29 hingga W41 daripada Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN) Putrajaya, JAN Negeri, Bahagian Audit Sekolah, Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian serta Jabatan, UAD Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan UAD Jabatan Premier Sarawak.

Penceramah kursus adalah dari Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan, JAN Negeri dan Akademi Audit Negara.
Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan berkenaan pengauditan syarikat Kerajaan iaitu pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan yang berkaitan. Skop pembelajaran adalah meliputi peringkat perancangan, pelaksanaan dan pelaporan.

  • Dikemaskini pada: 24 Jan 2025
  • Cetak
  • Hit: 67