Jumaat, 02 Mei 2025 | 4 Zulkaedah 1446H

Kursus Keselamatan Data

Akademi Audit Negara (AAN) telah menganjurkan Kursus Keselamatan Data pada 15 dan 16 Januari 2025 bertempat di Bilik Kuliah Anggerik AAN. Kursus selama 2 hari ini dihadiri oleh 33 orang peserta daripada pelbagai sektor di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), JAN Negeri dan Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian/Jabatan.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta tentang undang-undang serta ancaman berkaitan siber dan membantu peserta dalam melaksanakan penilaian risiko keselamatan siber dalam organisasi.

Penceramah yang terlibat terdiri daripada pegawai BAICT dan BTMK JAN termasuk dari Jabatan Digital Negara (JDN), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan Agensi Keselamatan Siber Malaysia (NACSA).

  • Dikemaskini pada: 24 Jan 2025
  • Cetak
  • Hit: 57