Jumaat, 02 Mei 2025 | 4 Zulkaedah 1446H

Kursus Analisis Bukti Digital

Akademi Audit Negara (AAN) telah menganjurkan Kursus Analisis Bukti Digital pada 14 - 16 April 2025 bertempat di Makmal Komputer Novell AAN. Kursus selama 3 hari ini dihadiri oleh 30 orang pegawai Gred W12 daripada pelbagai sektor di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), JAN Negeri dan Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian. Kursus ini merupakan salah satu dari kursus KCA W12.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam teknik penyiasatan secara digital dalam mencari, mengumpul, menganalisis dan melaporkan penemuan yang mempunyai unsur salah laku.

  • Dikemaskini pada: 17 Apr 2025
  • Cetak
  • Hit: 57