Rabu, 04 Februari 2026 | 16 Syaban 1447H

Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan Jabatan dan Agensi Negeri Sabah

Akademi Audit Negara dengan kerjasama Jabatan Audit Negara Negeri Sabah telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan Jabatan dan Agensi Negeri Sabah pada 28 dan 29 Januari 2026 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Kursus ini dihadiri seramai 140 pegawai daripada 70 jabatan dan agensi negeri Sabah. Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam pengurusan kewangan yang baik dan menekankan tata kelola dan nilai integriti untuk menangani isu-isu Audit berkaitan pengurusan kewangan Kerajaan negeri.

  • Dikemaskini pada: 30 Jan 2026
  • Cetak
  • Hit: 39