Akademi Audit Negara telah menganjurkan Kursus Pengauditan Syarikat Kerajaan (Asas) secara dalam talian pada 10 dan 11 Mac 2026. Kursus ini dihadiri seramai 111 pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) dan Unit Audit Dalam Kementerian/Agensi. Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan asas kepada peserta berkenaan pengauditan pengurusan syarikat kerajaan, kaedah pengauditan dan undang-undang serta peraturan berkaitan syarikat kerajaan.