Rabu, 01 Mei 2024 | 22 Syawal 1445H
Pilihan Warna: A A A  
A- A A+

Kursus Lain

Kursus-kursus Antarabangsa ini adalah kursus yang dianjurkan hasil persetujuan bersama antara Jabatan Audit Negara Malaysia  dengan Institusi-institusi Audit Antarabangsa  (SAI)  dan Agensi Kerajaan dalam bidang Pengauditan Sektor Awam.

Objektif

 

  • Meningkatkan perkongsian ilmu dan kemahiran
  • Mewujudkan jaringan kerjasama antara Institusi-institusi Audit
  • Menggalakkan pertukaran maklumat antara peserta kursus


Kursus Yang Telah Dijalankan

 

  • Kursus Risk Based Auditing bagi SAI Afghanistan
  • Kursus Public Sector Auditing bagi Jabatan Audit Dalam, Kementerian Kewangan Afghanistan
  • Kursus Public Sector Auditing bagi SAI Bangladesh Siri I hingga Siri III

ICT Audit

 
Audit ICT juga merupakan salah satu  kursus di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia yang dianjur oleh Akademi Audit Negara. Kursus ini mula dianjurkan pada November 2007. Modul kursus ini dirangka agar selari dengan perkembangan pesat ICT sekarang.

Objektif Kursus :

  1. Untuk mewujudkan kesedaran dan kefahaman berhubung prinsip- prinsip asas, prosedur penyemakan dan pelaporan Rancangan Stategik IT  serta dokuman berkaitan bagi pihak auditi.
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta bagi membuat penilaian terhadap  kawalan sistem  sesuatu auditi.
  3. Untuk memudahkan peserta mengenal pasti standard, prosedur dan pengurusan pembangunan dan rekabentuk sistem.
  4. Untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai ICT dan mewujudkan rangkaian profesional di kalangan peserta.

Kandungan/Silibus Kursus :

  • Malaysia and National Audit Department(NAD)
  • Introduction and Audit Issues
  • Computing and IT Principles
  • IT and The Audit Process
  • The IT Controls Model
  • Planning an IT Controls  Review
  • Documenting IT Systems
  • Organization and Management
  • Physical and Environmental Controls
  • Logical Access Controls
  • Network Controls and Use of Internet
  • Third Party Service Provider
  • End User Computing
  • IT Operations
  • The Role of Auditors in System Development
  • Application Auditability and the use of CAATTs
  • Application Controls
  • Application Security
  • Input, Processing and Output Controls
  • Masterfile and Standing Data  Controls
  • Compliance Testing of IT Controls
  • Clients Meetings & Reporting

Kalendar Latihan AAN

 

Sinopsis Progran Latihan AAN 2020  pdf

 

 

Sila klik untuk muat turun Kalendar AAN 2020

 

Kalendar Latihan AAN 2020 26.12.2019 FINAL 

Performance Audit

Performance Audit merupakan salah satu kursus di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia yang dianjurkan oleh Akademi Audit Negara. Kursus ini dianjurkan buat pertama kalinya pada Jun 2007.

Antara objektif Kursus Performance Audit adalah :

  1. Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai garis panduan Pengauditan Prestasi
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai teknik Pengauditan Prestasi dari aspek hasil dan perbelanjaan.
  3. Perkongsian idea dan pengalaman di kalangan peserta dalam melaksanakan Pengauditan prestasi.

Kandungan/Silibus Kursus Performance Audit 

1.Pengenalan

  • Definisi, Skop, Mandat & Objektif 
  • Proses Pengauditan Prestasi
  • Prinsip-prinsip Umum
  • Amalan Pengurusan Terbaik

2. Perancangan Strategik

  • Objektif  & Pelan Strategik
  • Pemilihan & Kelulusan Topik Audit
  • Pengauditan yang meliputi beberapa Agensi
  • Merancang Sesuatu Pengauditan
  • Memahami Program/Aktiviti Auditi
  • Kriteria Audit

3.Pelaksanaan

  • Program Audit 
  • Bukti & Dokumentasi
  • Kertas Kerja

4. Pelaporan, proses susulan dan pengurusan audit.

  • Penemuan & Syor Audit
  • Rundingan dengan Auditi

Program Pengauditan

Program Pengauditan berperanan menyediakan latihan kepada pegawai-pegawai Audit untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengauditan sektor awam.

 

Program Pengauditan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Audit, dibantu oleh 1  Penolong Pengarah Audit dan 2 Penolong Juruaudit.

 

Kursus yang dianjurkan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kursus fungsional dan elektif. Kursus fungsional merupakan kursus teras pengauditan yang perlu dihadiri oleh semua pegawai Audit. Melalui kursus ini, pegawai Audit dilatih meningkatkan kefahaman dan kepakaran diperlukan bagi melaksanakan pengauditan meliputi pengauditan penyata kewangan, prestasi dan pematuhan. Di bawah kursus fungsiaonal, setiap pegawai Audit perlu melalui dua peringkat latihan. Peringkat asas adalah berkenaan dengan memperkenalkan pegawai Audit dengan asas-asas penting bagi setiap jenis pengauditan. Seterusnya, kursus peringkat pertengahan akan mendedahkan pegawai Audit secara lebih mendalam berkenaan setiap jenis pengauditan. Kaedah latihan bersesuaian dengan setiap peringkat digunakan bagi tujuan pembangunan kepakaraan dan pengukuhan pengetahuan.

 

Kursus elektif pula berperanan untuk membangunkan kepakaran pegawai Audit dalam bidang-bidang audit tertentu antaranya pengurusan risiko, percukaian dan perkastaman. Dalam kursus ini, pegawai Audit didedahkan berkenaan tatacara pengauditan khusus mengikut bidang. Kaedah latihan berbentuk hands-on dan kajian kes antara pendekatan digunakan bagi kursus-kursus yang khusus sebegini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, menggalakkan kemahiran berfikir dan keupayaan membuat keputusan di kalangan pegawai Audit.

 

Objektif

 

  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus dalam bidang pengauditan khususnya penyata kewangan, pengurusan kewangan dan prestasi;
  • Untuk memberi pendedahan kepada peserta kursus mengenai perkembangan semasa  dalam aspek pengauditan;
  • Untuk memberi makluman kepada peserta kursus mengenai garis panduan, peraturan serta prosedur terkini dalam bidang pengauditan.

 

Kursus-kursus Yang Ditawarkan:

Antara kursus yang ditawarkan oleh Program Pengauditan adalah:  

 

  • Pengauditan Penyata Kewangan
  • Pengauditan Pengurusan  Kewangan (Indeks Akauntabiliti)
  • Pengauditan Prestasi
  • Pengauditan Pengurusan Bekalan  Air
  • Pengauditan Perolehan
  • Pengauditan Alam Sekitar
  • Penulisan Laporan Audit
  • Pengauditan Pengurusan Tanah
  • Pengauditan Syarikat
  • Pengauditan Forensik
  • Pengauditan Berasaskan Risiko
  • Pengauditan Pelaburan
  • Pengauditan Perkastaman
  • Pengauditan Percukaian
  • Pengauditan Pengurusan Projek 

 

Maklumat berhubung modul kursus ditawarkan Program Pengauditan, sila rujuk Modul Program Pengauditan

 

Sebarang pertanyaan berkenaan kursus di bawah Program Pengauditan, pegawai berikut boleh dihubungi.

 

 Bil Nama Jawatan Email No Telefon
 1. En Ab Hadi Bin Daud Ketua Program Pengauditan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 06-7822005
 2. Kosong Penolong Pengarah Audit Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 06-7822031
 3. Cik Norzieyanti Erna Binti Adnan Penolong Juruaudit Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 06-7822030
 4.  Kosong Penolong Juruaudit kosong kosong