Sunday, 16 June 2024 | 9 Zulhijah 1445H
Color Options: A A A  
A- A A+

Sepintas Lalu Akademi Audit Negara

 

PENGENALAN

 

Akademi Audit Negara (AAN) ditubuhkan sebagai projek pembangunan Jabatan Audit Negara di bawah Rancangan Malaysia Kelapan. pembinaan telah bermula pada 15 Ogos 2002 dan beroperasi pada September 2005, terletak di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Jarak daripada AAN adalah 55 kilometer dari Ibu Pejabat Jabatan Audit di Putrajaya dan 10 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Akademi Audit Negara mempunyai kawasan tanah 20 ekar. Adalah menjadi hasrat Jabatan Audit negara agar Akedemi ini dapat digunakan sebagai landasan bagi meningkatkan profesionalisme dan sebagai badan Akreditasi untuk juruaudit awam. Akademi Audit Negara diberi tanggungjawab untuk menaik taraf dan meningkatkan kemahiran dalam pengauditan dan sikap juruaudit melalui program-program latihan yang sistematik dan terancang. Ia mengambil kira untuk keperluan latihan semasa dan bersedia untuk cabaran masa depan. Di samping itu, ia juga berfungsi untuk menggalakkan kesedaran dalam sektor awam mengenai pentingnya akauntabiliti awam melalui kursus-kursus yang ditawarkan dalam bidang teknologi komunikasi pengauditan, perakaunan, teknologi maklumat dan pengurusan.


Akademi ini diketuai oleh Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Pengarah. Pada masa ini, ia mempunyai 49 kakitangan akademik dan pentadbiran. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah di bawah 5 program iaitu Pengauditan, Perakaunan, Pengurusan, ICT dan Antarabangsa & Koordinasi.

 

Visi

Instutsi Latihan yang Unggul dalam bidang Pengauditan Sektor awam

 

Misi

Membina kompetensi dan kepasiti dalam pengauditan awam

 

 

 

Objektif

 

  1. Melengkapkan Juruaudit dengan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dalam bidang pengauditan dan bidang lain yang berkaitan;
  2. Menyediakan Program Latihan yang berkualiti dan sistematik;
  3. Menyediakan tenaga pengajar yang pakar;
  4. Memperluaskan kaedah pembelajaran kepada pembelajaran secara elektronik;
  5. Menyediakan prasarana yang kondusif;
  6. Menjalainkan perkongsian pintar dengan institusi latihan awam/ institusi pengajian tinggi awam/ institusi altihan swasta/ badan profesional/ organisasi antarabangsa;
  7. Mempromosi AAN sebagi Institusi latihan pengauditan yang unggul.

 

 

Teras Strategik

 

Teras 1. Membangunkan dan meningkatkan kecekapan juruaudit
Teras 2. Untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran
Teras 3. Meningkatkan infrastruktur AAN
Teras 4. Untuk rangkaian dan bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan
Teras 5.  Untuk meningkatkan status AAN sebagai institusi latihan audit terkenal


Print  
  • Modified on: 01 Jun 2021
  • Print
  • Hits: 20799