Friday, 02 May 2025 | 4 Zulkaedah 1446H

Kursus Perakaunan Penyata Kewangan Agensi Berasaskan ISSAI

Akademi Audit Negara (AAN) telah menganjurkan Kursus Perakaunan Penyata Kewangan Agensi Berasaskan ISSAI dari 7 hingga 9 Januari 2025 bertempat di Auditorium Ahmad Noordin, AAN. Kursus tersebut dihadiri oleh 64 orang peserta daripada pelbagai sektor di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), JAN Negeri serta Unit Audit Dalam Kementerian/Jabatan/Agensi.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan pengauditan penyata kewangan agensi berasaskan International Standards of Supreme Audit Institution (ISSAI).

Penceramah dari AAN yang terlibat adalah Puan Farizah binti Harman Timbalan Pengarah AAN dan Puan Noor Rasyidah binti Engah, Penolong Pengarah Program Perakaunan. Selain itu, seramai 3 orang Penolong Pengarah daripada Sektor Audit Kewangan iaitu Puan Aslina binti Abdul Alim Kong, Encik Amir bin Ramli dan Encik Ahmad Izzuddin bin Abdul Rahman turut terlibat sebagai tenaga pengajar kursus tersebut.

  • Modified on: 24 Jan 2025
  • Print
  • Hits: 60