Friday, 02 May 2025 | 4 Zulkaedah 1446H

Pelancaran 4 Modul Baharu e-Pembelajaran

Pengarah Akademi Audit Negara (AAN), YBrs. Puan Baridatul Anita binti Bidin telah menyiarkan 4 modul e-Pembelajaran yang baharu ke dalam Portal Open Learning AAN pada 16 Januari 2025.

Sehingga kini, sebanyak 21 modul e-Pembelajaran meliputi pelbagai topik berkaitan perakaunan, pengauditan dan informasi teknologi (IT) telah dibangunkan dan disiarkan dalam Portal Open Learning AAN.

Akademi Audit Negara merakamkan setinggi penghargaan kepada pegawai Audit yang terlibat daripada Sektor Audit Kewangan, Sektor Audit Prestasi, Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Perak, JAN Negeri Melaka, Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian Pengangkutan Malaysia dan UAD Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah bersama-sama dengan pihak AAN dalam membangunkan 4 modul e-Pembelajaran pada tahun 2024.

Modul e-Pembelajaran ini merupakan kursus secara dalam talian dengan konsep pembelajaran kendiri melibatkan jangka masa pendek dan topik yang mudah untuk dipelajari.

Portal tersebut boleh diakses oleh semua warga Jabatan Audit Negara, Unit Audit Dalam serta orang awam yang berminat untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian pada bila-bila masa secara percuma di laman sesawang https://openlearning.audit.gov.my.

Modul e-Pembelajaran yang baharu dilancarkan adalah:
1. Pengauditan Key Audit Area-Geran Tertunda;
2. Pengauditan Pengurusan Hasil Cukai Taksiran;
3. Pengauditan Prestasi Terhadap Pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG); dan
4. Pengauditan Pengurusan Kenderaan.

  • Modified on: 24 Jan 2025
  • Print
  • Hits: 83