Friday, 02 May 2025 | 4 Zulkaedah 1446H

Kursus Teknik Analisis Data (MS Excel)

Akademi Audit Negara (AAN) telah menganjurkan Kursus Teknik Analisis Data (MS Excel) pada 4 hingga 6 Februari 2025 bertempat di Makmal Komputer Unix AAN dengan kerjasama konsultan Smart Development & Resources. Kursus selama 3 hari ini dihadiri oleh 30 orang peserta daripada pelbagai sektor di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), JAN Negeri dan Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian/Jabatan.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam teknik mencari, mengumpul, menganalisis dan melaporkan data yang diperolehi kepada bentuk maklumat yang boleh digunakan.

  • Modified on: 05 Feb 2025
  • Print
  • Hits: 128