Tuesday, 17 June 2025 | 20 Zulhijah 1446H

Kursus Pengauditan Prestasi (Pertengahan)

Akademi Audit Negara (AAN) menganjurkan Kursus Pengauditan Prestasi (Pertengahan) pada 12 hingga 14 Februari 2025. Kursus ini telah dihadiri seramai 25 orang pegawai meliputi Gred W5 - W12 daripada Sektor Audit Prestasi, Jabatan Audit Negara (JAN), JAN Negeri, Unit Audit Dalam serta dua agensi Persekutuan iaitu Universiti Pertanian Malaysia dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan.

Objektif kursus adalah untuk mengukuhkan kefahaman peserta dalam melaksanakan pengauditan prestasi dengan cekap dan berkesan. Selepas menghadiri kursus, peserta akan dapat melaksanakan pengauditan secara professional serta dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti tadbir urus, memperkukuh akauntabiliti dan ketelusan organisasi.

  • Modified on: 20 Feb 2025
  • Print
  • Hits: 113