Kursus Pengenalan Sistem Perakaunan Elektronik Kerajaan
Akademi Audit Negara (AAN) telah menganjurkan Kursus Pengenalan Sistem Perakaunan Elektronik Kerajaan pada 25 dan 26 Februari 2025 bertempat di Bilik Kuliah Anggerik, AAN. Kursus selama 2 hari ini dihadiri oleh 24 orang peserta daripada pelbagai sektor di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), JAN Negeri dan Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian/Jabatan.
Objektif kursus ini untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai sistem kewangan yang diamalkan seperti iGFMAS, iSPEKS dan SAGA. Selain itu, kursus ini bertujuan bagi mendedahkan peserta dengan hasrat kerajaan untuk berubah daripada sistem kewangan asas tunai ke asas akruan.
Penceramah yang terlibat adalah terdiri daripada pegawai Bahagian Khidmat Perunding (BKP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan Institut Perakaunan Negara (IPN) JANM.