Friday, 02 May 2025 | 4 Zulkaedah 1446H

Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Zon Tengah & Selatan

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi Ketua Audit Negara telah meluncurkan dan menghadiri Sesi Dialog Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Zon Tengah (Selangor & Wilayah Persekutuan) dan Zon Selatan (Johor, Melaka & Negeri Sembilan) bertempat di Auditorium Ahmad Noordin, Akademi Audit Negara. Kursus ini bermula pada 25 hingga 27 Februari 2025 dan dihadiri seramai 77 orang pegawai dari 35 PBT Zon Tengah (Selangor & Wilayah Persekutuan) dan Zon Selatan (Johor, Melaka & Negeri Sembilan).

Majlis Peluncuran dan Sesi Dialog ini turut dihadiri YBhg. Datuk Saidatu Akhma Binti Hassan Timbalan Ketua Setiausaha (Kemampanan Dan Perancangan Strategik) Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato' Mohd Fadzil Bin Mohd Kenali Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, YB Dato' Dr. Haji Badrul Hisham Bin Kassim Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Perkhidmatan Negeri Johor (APTNJ) dan Yang Berusaha Dr. Arwan Bin Sabri Timbalan setiausaha (Pembangunan) Negeri Sembilan.

Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran pegawai dalam pengurusan kewangan di peringkat PBT dan meningkatkan tata kelola dan nilai integriti di kalangan pihak pengurusan PBT.

  • Modified on: 28 Feb 2025
  • Print
  • Hits: 118