Akademi Audit Negara telah menganjurkan Kursus Penyediaan Penyata Kewangan Berdasarkan MPSAS 1, 9, 12, 16, 17, 21, 3, 25, 26, 27 (Aset, Hasil dan Geran) pada 24 hingga 26 Jun 2025. Kursus ini dihadiri oleh 25 pegawai JAN. Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang persembahan dan pelaporan penyata kewangan termasuk nota kepada penyata kewangan yang melibatkan piawaian MPSAS.