Tuesday, 18 November 2025 | 27 Jamadil Awal 1447H

Kursus Pengauditan Pengurusan Aktiviti (Projek)

Akademi Audit Negara telah menganjurkan Kursus Pengauditan Pengurusan Aktiviti (Projek) pada 10-12 Jun 2025. Kursus ini dihadiri seramai 42 pegawai dari Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), JAN Negeri, Unit Audit Dalam Kementerian / Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan lebih meluas mengenai pendekatan Audit berkaitan projek pembinaan serta bagaimana membangunkan kriteria Audit yang bersesuaian dengan pengauditan.

  • Modified on: 07 Aug 2025
  • Print
  • Hits: 82