Akademi Audit Negara telah menganjurkan Kursus Teknik Pensampelan Audit (Prestasi) pada 28 dan 29 Julai 2025. Kursus ini dihadiri seramai 30 pegawai Jabatan Audit Negara dan Unit Audit Dalam Kementerian dan Agensi. Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah dan teknik pensampelan dalam pengauditan prestasi.