Akademi Audit Negara telah menganjurkan Kursus Analisis Kontrak Untuk Juruaudit: Pendekatan Mengenal Pasti Bukti Audit pada 23-25 Oktober 2025. Kursus ini dihadiri seramai 17 pegawai dari Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), JAN Negeri, Unit Audit Dalam Kementerian/Agensi. Objektif kursus adalah untuk memberi kemahiran kepada pegawai bagi melaksanakan pengauditan secara berkesan. Peserta akan didedahkan dengan beberapa aspek penting dalam pengurusan kontrak seperti pematuhan undang-undang serta peraturan, kaedah terbaik mengenal pasti risiko, penyelewengan dan ketidakcekapan dalam pelaksanaan kontrak.