Akademi Audit Negara dengan kerjasama Jabatan Audit Negara Negeri Sabah telah menganjurkan Sesi Bicara Eksekutif: Pengauditan Pintar (Smart Auditing): Mengemudi Integriti Dan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Digital Kerajaan yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Y Hamdan bin Mohd Dom selaku Penasihat Program Perubahan Iklim dan Pendigitalan Jabatan Audit Negara (JAN) pada 28 Januari 2026 bertempat di Jabatan Audit Negara Negeri Sabah. Sesi tersebut telah dihadiri oleh seramai 214 warga Audit secara bersemuka dan dalam talian.