Saturday, 03 May 2025 | 5 Zulkaedah 1446H

Litar F1 Sepang

  

Litar F1 Sepang merupakan satu mercu tanda bagi golongan permotoran. Malaysia telah menetapkan satu standard minimum bagi litar F1 di seluruh dunia pada masa hadapan dengan pembinaan Industri Permotoran di Malaysia.

 

Dibangunkan pada 260 hektar ladang kelapa sawit, litar F1 Sepang menetapkan rekod pada upacara memecah bumi. Dibina dengan konsep 'stadium semula jadi', ia memerlukan pemindahan lebih daripada 9 juta meter padu bumi. Bagi mengekalkan kawasan hijau yang indah, lebih daripada 5,000 pokok kelapa sawit telah ditanam di sekitar litar. Lebih banyak pokok telah ditanam setelah itu bagi menambahkan keindahan litar.

 

Trek panjang 5.543 meter mempunyai 15 sudut dan 8 jalan lurus termasuk dua jalur kelajuan tinggi. Dengan lebar minimum 16 meter, trek ini memberi peluang untuk memotong, teruja dan mendebarkan. Bahagian lebar trek  sehingga 22 meter. Kriteria yang unik litar adalah ia boleh dibahagikan kepada dua litar apabila diperlukan. Litar ini boleh berpecah dan terletak di kedua-dua belah litar, sebelah utara, dan sebelah selatan dengan panjang 2.8 km dan 2.6 km masing-masing, sekali gus membolehkan dua perlumbaan berlangsung serentak.

 

Jarak AAN  dari Litar Sepang adalah 11km