Program Pengurusan
Pengenalan
Program Pengurusan menawarkan kursus-kursus berteraskan pemantapan maklumat dan ilmu pengetahuan merangkumi dua (2) aspek kompetensi iaitu:
- Kompetensi generik (umum) iaitu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki oleh setiap pegawai tanpa mengira gred jawatan dan organisasi. Contoh kursus adalah kursus kemahiran komunikasi, negotiation kepimpinan dan motivasi.
- Kompetensi fungsional (khusus) iaitu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi khusus yang diperlukan bagi melaksanakan bidang tugas sesuatu jawatan. Contoh kursus adalah seperti Kursus Asas Juruaudit dan Penolong Juruaudit, Kursus Pengurusan Kenderaan, dan Kursus Pengurusan Fail & Rekod.
Objektif Program Pengurusan
- Menggalakkan pembangunan diri (self development) melalui pembelajaran berterusan;
- Menggalakkan penggunaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti, inovasi dan multi-skilling dalam pelaksanaan tugas;
- Meningkatkan kompetensi dan produktiviti anggota dan jabatan;
- Memantapkan organisasi pembelajaran (learning organization) dalam Jabatan Audit Negara selaras dengan matlamat melahirkan pekerja berpengetahuan; dan
- Melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi
Bagi Tahun 2019, Program Pengurusan mengendalikan kursus-kursus seperti berikut:
- Fotografi (Lanjutan)
- Kemahiran Komunikasi Bahasa Inggeris
- Pengurusan Fail dan Rekod
- Etika Kerja dan Keterampilan Diri
- Pengurusan Kenderaan Kerajaan
- Pengurusan Emosi
- Strengthening Negotiation Skills: Auditor-Auditee Focus
- Pra Persaraan
- Program Transformasi Minda (PTM)
- Kursus Asas Juruaudit dan Penolong Juruaudit
Maklumat berhubung modul kursus yang ditawarkan oleh Program Pengurusan, sila rujuk Modul Program Pengurusan
Sebarang pertanyaan berkenaan kursus di bawah Program Pengurusan boleh diajukan kepada pegawai berikut:
Bil. |
Nama |
Jawatan |
Emel |
Telefon |
1. |
Che Narawi bin Che Kar |
Ketua Program Pengurusan |
06-7822004 |
|
2. |
Kosong |
Penolong Pengarah Audit |
|
06-7822026 |
3. |
Cik Amizah binti Mohamad Zawawi |
Penolong Juruaudit |
|
06-7822034 |