Kursus-kursus Antarabangsa ini adalah kursus yang dianjurkan hasil persetujuan bersama antara Jabatan Audit Negara Malaysia dengan Institusi-institusi Audit Antarabangsa (SAI) dan Agensi Kerajaan dalam bidang Pengauditan Sektor Awam.
Objektif
![]() |
|
Audit ICT juga merupakan salah satu kursus di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia yang dianjur oleh Akademi Audit Negara. Kursus ini mula dianjurkan pada November 2007. Modul kursus ini dirangka agar selari dengan perkembangan pesat ICT sekarang. | |
Objektif Kursus :
Kandungan/Silibus Kursus :
|
|
|
Performance Audit merupakan salah satu kursus di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia yang dianjurkan oleh Akademi Audit Negara. Kursus ini dianjurkan buat pertama kalinya pada Jun 2007. | |
Antara objektif Kursus Performance Audit adalah :
Kandungan/Silibus Kursus Performance Audit 1.Pengenalan
2. Perancangan Strategik
3.Pelaksanaan
4. Pelaporan, proses susulan dan pengurusan audit.
|
Program Pengauditan berperanan menyediakan latihan kepada pegawai-pegawai Audit untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengauditan sektor awam.
Program Pengauditan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Audit, dibantu oleh 1 Penolong Pengarah Audit dan 2 Penolong Juruaudit.
Kursus yang dianjurkan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kursus fungsional dan elektif. Kursus fungsional merupakan kursus teras pengauditan yang perlu dihadiri oleh semua pegawai Audit. Melalui kursus ini, pegawai Audit dilatih meningkatkan kefahaman dan kepakaran diperlukan bagi melaksanakan pengauditan meliputi pengauditan penyata kewangan, prestasi dan pematuhan. Di bawah kursus fungsiaonal, setiap pegawai Audit perlu melalui dua peringkat latihan. Peringkat asas adalah berkenaan dengan memperkenalkan pegawai Audit dengan asas-asas penting bagi setiap jenis pengauditan. Seterusnya, kursus peringkat pertengahan akan mendedahkan pegawai Audit secara lebih mendalam berkenaan setiap jenis pengauditan. Kaedah latihan bersesuaian dengan setiap peringkat digunakan bagi tujuan pembangunan kepakaraan dan pengukuhan pengetahuan.
Kursus elektif pula berperanan untuk membangunkan kepakaran pegawai Audit dalam bidang-bidang audit tertentu antaranya pengurusan risiko, percukaian dan perkastaman. Dalam kursus ini, pegawai Audit didedahkan berkenaan tatacara pengauditan khusus mengikut bidang. Kaedah latihan berbentuk hands-on dan kajian kes antara pendekatan digunakan bagi kursus-kursus yang khusus sebegini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, menggalakkan kemahiran berfikir dan keupayaan membuat keputusan di kalangan pegawai Audit.
Objektif
Kursus-kursus Yang Ditawarkan:
Antara kursus yang ditawarkan oleh Program Pengauditan adalah:
Maklumat berhubung modul kursus ditawarkan Program Pengauditan, sila rujuk Modul Program Pengauditan
Sebarang pertanyaan berkenaan kursus di bawah Program Pengauditan, pegawai berikut boleh dihubungi.
Bil | Nama | Jawatan | No Telefon | |
1. | En Ab Hadi Bin Daud | Ketua Program Pengauditan | 06-7822005 | |
2. | Kosong | Penolong Pengarah Audit | 06-7822031 | |
3. | Cik Norzieyanti Erna Binti Adnan | Penolong Juruaudit | 06-7822030 | |
4. | Kosong | Penolong Juruaudit | kosong | kosong |