Khamis, 19 Mei 2022 | 17 Syawal 1443H
Pilihan Warna: A A A  
A- A A+

Soalan Lazim

Di manakah terletaknya Akademi Audit Negara (AAN)?  Ia terletak di alamat berikut :-

Akademi Audit Negara
Persiaran Timur 3,
71760 Bandar Enstek, Nilai,
Negeri Sembilan, Malaysia

GPS:    2° 44' 58.106
        101° 45' 47.675

 

Apakah kursus-kursus yang ditawarkan oleh AAN ?

Kursus-kursus yang ditawarkan oleh AAN dibahagikan mengikut Program seperti berikut :-

o    Program Pengauditan
o    Program Perakaunan
o    Program IT
o    Program Pengurusan
o    Program Antarabangsa

Senarai kursus yang ditawarkan di sepanjang tahun boleh disemak di  Kalendar AAN 2020

 

Bagaimanakah cara untuk memohon bagi mengikuti kursus di AAN ?

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar surat rasmi kepada Pengarah AAN. Bagi peserta JAN permohonan hendaklah dibuat melalui eAUDIT di portal https://eaudit.audit.gov.my/home .

 

Siapakah yang layak memohon untuk menyertai kursus dan latihan anjuran AAN ?

Kakitangan Awam Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun Persekutuan & Negeri boleh memohon kursus yang dianjurkan oleh AAN. 

 

[Apakah teknik penyampaian ceramah di AAN?

Syarahan, Kajian Kes, Latih amal, Perbincangan, Simulasi, Role Play, lawatan dan tayangan video 

 

Berapakah bayaran yang dikenakan kepada peserta kursus ?

Senarai kadar bayaran kursus yang dikenakan boleh disemak di (Kadar bayaran kursus)

 

Bagaimanakah kaedah bayaran dibuat ?

Bayaran boleh dibuat secara tunai, melalui pesanan tempatan atau cek.

 

Bagaimanakah hendak mengetahui status permohonan sesuatu kursus?

Pegawai yang memohon boleh menyemak permohonan masing-masing melalui Pegawai Latihan Negeri/urusetia program kursus masing-masing. AAN akan menghantar surat jemputan berkursus (emel dan faksimili) kepada pemohon melalui Ketua Jabatan masing-masing.

 

Adakah kemudahan penginapan disediakan?

Penginapan akan disediakan kepada peserta kursus sekiranya terdapat kekosongan.

 

Adakah perpustakaan AAN dibuka kepada orang awam?

Tidak. Perpustakaan AAN hanya untuk kegunaan warga Jabatan Audit Negara Malaysia.

 

Apakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di AAN ?

Antara kemudahan yang terdapat di AAN ialah bilik kuliah, makmal komputer, bilik sindiket, auditorium, Dewan Syarahan, perpustakaan, asrama lelaki dan wanita,surau, halangan Team Building, gimnasium, gelanggang tennis, gelanggang bola tampar, gelanggang Futsal, dan sebagainya. 


Cetak  
  • Dikemaskini pada: 01 Jun 2021
  • Cetak
  • Hit: 96911