Sejarah Akademi Audit Negara
Akademi Audit Negara (AAN) telah didirikan di tapak seluas 20 ekar di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan dengan kos berjumlah RM42.42 juta. Pembinaannya telah mula dijalankan pada 15 Ogos 2002 dan siap dibina sekitar Jun 2005. AAN mula beroperasi sepenuhnya pada 24 September 2005. Perasmiannya telah dilaksanakan oleh YBhg. Tan Sri Samsudin bin Osman, Ketua Setiausaha Negara pada 24 November 2005.