Sabtu, 05 Oktober 2024 | 1 Rabiul Akhir 1446H
Pilihan Warna: A A A  
A- A A+

Perutusan Pengarah

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum wbt.  dan Salam Sejahtera,

Selamat Datang ke Portal Akademi Audit Negara (AAN)

Penubuhan portal AAN adalah selaras dengan visi AAN untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam sektor pengauditan dan pembangunan modal insan sektor awam. Adalah diharapkan portal ini dapat membantu meningkatkan penyampaian maklumat kepada warga Jabatan Audit Negara, agensi yang berkaitan dan penjawat awam amnya.

AAN menawarkan kursus, program dan aktiviti latihan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang profesional dan berpengalaman di bawah 5 Program iaitu Program Pengauditan, Program Perakaunan, Program IT, Program Pengurusan dan Program Antarabangsa. Selain itu, AAN menawarkan kemudahan berkursus kepada agensi-agensi luar. AAN juga terlibat dalam kerjasama dan pertukaran kepakaran di peringkat antarabangsa dengan menawarkan latihan kepada juruaudit daripada Supreme Audit Institutions (SAI) luar negara.

Pada tahun 2007, AAN telah diiktiraf oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sebagai salah sebuah institusi latihan awam di bawah Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP). Dua kursus iaitu Performance Audit dan IT Audit dianjurkan setiap tahun dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang pengauditan selain daripada mewujudkan satu jaringan profesional di kalangan peserta kursus. Mulai tahun 2010, program ini telah diletakkan di bawah Kementerian Luar Negeri.

Saya berharap maklumat kursus yang ada di portal ini dapat membantu pegawai yang akan menghadiri kursus di AAN bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran demi melonjakkan prestasi modal insan.

"Akademi Audit Negara, Peneraju Pengauditan Berkualiti"

 

Baridatul Anita binti Bidin
Pengarah
Akademi Audit Negara
Jabatan Audit Negara
  • Dikemaskini pada: 22 Mar 2022
  • Cetak
  • Hit: 6060