Isnin, 29 April 2024 | 20 Syawal 1445H
Pilihan Warna: A A A  
A- A A+

Munsyi Muda Bahasa

Definisi

Munsyi Muda Bahasa ialah penjawat awam yang telah mengikuti kursus bahasa Melayu dan melepasi tahap penilaian kefahaman bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta ditauliahkan sebagai Munsyi Muda Bahasa oleh DBP.

 

Penawaran Kursus

  • Berikut merupakan kursus yang perlu dihadiri di bawah Program Munsyi Muda Bahasa:
BilNama KursusTempoh Kursus
1. Pembinaan Munsyi Muda Bahasa 5 Hari
2. Pemantapan Munsyi Muda Bahasa 3 Hari
  • Peserta yang telah lulus Ujian Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa akan dipanggil untuk mengikuti Kursus Pemantapan Munsyi Muda Bahasa bagi melayakkan peserta ditauliahkan sebagai Munsyi Muda Bahasa.

 

Kaedah Permohonan

  • Pegawai yang berminat atau dipilih oleh jabatan, perlu memohon untuk mengikuti Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa melalui Portal DTIMS INTAN di laman sesawang https://www.dtims.intan.my/ secara individu.
  • Akademi Audit Negara (AAN) sebagai urus setia Jabatan Audit Negara (JAN) akan mengkoordinat peserta yang telah berjaya diterima oleh INTAN untuk mengikuti kursus tersebut.

 

Program Munsyi Muda Bahasa di Jabatan Audit Negara

  • Jabatan Audit Negara menggalakkan warga JAN untuk mengikuti Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa bagi meningkatkan mutu bahasa terutamanya dalam penulisan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
  • AAN telah dipertanggungjawabkan sebagai urus setia bagi melancarkan proses permohonan kursus tersebut.
  • Pada tahun 2021, seramai 15 pemohon JAN telah berjaya mengikuti Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa. Semua pemohon terdiri daripada pegawai di setiap Sektor/Bahagian/Cawangan. Seramai 14 daripada 15 orang peserta JAN telah berjaya menamatkan Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa dan Kursus Pemantapan Munsyi Muda Bahasa.
  • Pada tahun 2022, AAN bercadang untuk menperluaskan pencalonan pegawai bagi menghadiri kursus ini kepada warga JAN yang lain.
  • Dikemaskini pada: 19 Jan 2022
  • Cetak
  • Hit: 2701