Program Pengurusan
Program Pengurusan menawarkan kursus-kursus berteraskan pemantapan maklumat dan ilmu pengetahuan merangkumi dua aspek kompetensi iaitu:
- Kompetensi generik (umum) iaitu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki oleh setiap pegawai tanpa mengira gred jawatan dan organisasi.
- Kompetensi fungsional (khusus) iaitu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi khusus yang diperlukan bagi melaksanakan bidang tugas sesuatu jawatan.
Objektif
- Menggalakkan pembangunan diri (self development) melalui pembelajaran yang berterusan;
- Menggalakkan penggunaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti, inovasi dan multi-skilling dalam pelaksanaan tugas;
- Meningkatkan kompetensi dan produktiviti peserta;
- Memantapkan organisasi pembelajaran (learning organization) dalam Jabatan Audit Negara selaras dengan matlamat melahirkan pegawai berpengetahuan;
- Melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi.
Kursus-kursus Yang Ditawarkan
Antara kursus yang ditawarkan oleh Program Pengurusan adalah:
- Keselamatan Perlindungan Dokumen
- Kepimpinan
- Training of Trainers
- Integriti dan Tatatertib
- Pengurusan Emosi
- Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi
- Komunikasi Berkesan
- Pra Persaraan
- Program Transformasi Minda
- Kursus Asas Juruaudit dan Penolong Juruaudit
Maklumat lanjut berkaitan kursus yang ditawarkan oleh Program Pengurusan boleh merujuk kepada Modul Program Pengurusan.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kursus di bawah Program Pengurusan boleh merujuk pegawai yang disenaraikan di bawah:
Bil | Nama | Jawatan | E-mel | No. Tel |
---|---|---|---|---|
1. | En. Eddy Herman bin Zaidel | Ketua Program Pengurusan | eddy.zaidel@audit.gov.my | 06-7916900 |
2. | Pn. Kamaliah binti Jamaludin | Penolong Pengarah Audit | kamaliah@audit.gov.my | 06-7916900 |
3. | Cik Jamaliah binti Jainal | Penolong Juruaudit | jamaliah@audit.gov.my | 06-7916900 |
4. | Pn. Nor Adillah binti Abd Jalil | Penolong Juruaudit | adillah.jalil@audit.gov.my | 06-7916900 |