Jumaat, 04 Oktober 2024 | 30 Rabiul Awal 1446H
Pilihan Warna: A A A  
A- A A+

Program Pensijilan Profesional

PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL (PPP)

Pengenalan

Program Pensijilan Profesional (PPP) Jabatan Audit Negara (JAN) telah mula dilaksanakan pada tahun 2014. Sehingga kini, lima kumpulan atau dikenali sebagai Kohort 1, 2, 3, 4 dan 5 melibatkan seramai 33 orang pegawai telah diberi pembiayaan pengajian. Pembiayaan PPP yang ditawarkan menggunakan peruntukan Akaun Amanah bagi Latihan Kepakaran dan Penyelidikan Jabatan Audit Negara (AALKP).

Pembiayaan pengajian ini merupakan manifestasi komitmen dan kesungguhan JAN untuk membangunkan modal insan yang berilmu dan berkemahiran. Ini selaras dengan keperluan Kod Etika Juruaudit Sektor Awam yang menyarankan juruaudit untuk berusaha meningkatkan kompetensi dan pengetahuan secara berterusan seiring dengan keperluan dan perkembangan semasa. Selain membuktikan komitmen JAN dalam melahirkan juruaudit sektor awam yang berprestasi tinggi, PPP juga dilihat mampu menetapkan satu pengukuran kepada juruaudit sektor awam supaya setanding juruaudit di peringkat antarabangsa.

 

Program Profesional Yang Di Tawarkan

Program Profesional ACCA

Program Profesional ACFE

Kemudahan Pembiayaan PPP

Pembiayaan Yuran Pengajian

 

Perjanjian

Pegawai yang ditawarkan pembiayaan PPP perlu menandatangani Perjanjian/Perjanjian Tambahan yang disediakan oleh AAN sebelum mengikuti kursus. Pembiayaan ini boleh ditarik balik sekiranya pegawai tidak menyempurnakan dan mengembalikan borang perjanjian dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Pegawai Dihubungi

Sebarang pertanyaan berkenaan PPP boleh diajukan kepada pegawai berikut:  

BilNamaJawatanE-melNo. Tel
1. Pn. Noor Rasyidah Binti  Engah Penolong  Pengarah Audit noorrasyidah@audit.gov.my 06-7916900
         
  • Dikemaskini pada: 31 Oct 2023
  • Cetak
  • Hit: 5979